Page List

Pages

Pages - Menu

Sunday, June 10, 2012

Perbezaan Antara Samsung Galaxy S3 dan Galaxy S2





Peningkatan Ciri-Ciri Sedia Ada


Selain daripada saiz Samsung Galaxy S3 yang 0.5 inci lebih besar daripada Galaxy S2, Galaxy S3 didatangkan dengan beberapa peningkatan lain seperti dalam jadual di bawah menjadikannya antara telefon pintar yang hebat berbanding yang lain.


Smart StaySelain daripada itu, Samsung Galaxy S3 juga didatangkan dengan beberapa fungsi pintar baru yang tidak terdapat pada Samsung Galaxy S2. Dengan fungsi pintar tambahan ini menjadikan Galaxy S3 sebuah peranti Android yang berbeza dan unik berbanding pencabarnya.


Dengan fungsi Smart Stay, skrin telefon pintar S3 ini akan kekal dalam keadaan cerah selagi mana mata pengguna memandang ke arah skrin secara tepat. Satu ciri yang sangat pintar, seolah-olah Samsung Galaxy S3 ini ‘hidup’ dan ‘berakal’.



Direct Call


Dalam Samsung Galaxy S2 pengguna perlu swap ke kanan pada SMS pengirim jika ingin membuat panggilan telefon kepadanya. Ciri ini dipertingkatkan lagi dalam Galaxy S3 di mana pengguna hanya perlu merapatkan telefon ke telinga semasa paparan SMS pengirim dibuka dan ia akan buat panggilan kepada pengirim tersebut secara automatik.
S Voice


Galaxy S3 kini ditambahbaik dengan fungsi S Voice di mana pengguna boleh memberi arahan kepada peranti dengan hanya menggunakan suara. Ianya boleh memberi maklumbalas kepada suara pengguna termasuk arahan mengambil gambar. Alangkah seronoknya jika ciri ini juga terdapat dalam arahan Bahasa Malaysia.
64GB Storage


Keupayaan menyimpan data bagi Samsung Galaxy S3 adalah sehingga 64GB berbanding Galaxy S2 yang hanya 32GB secara maksimum. Seperti juga komputer, dengan kelajuan processor yang dipertingkatkan ianya seiring dengan keupayaannya untuk mempunyai ruang storan yang lebih besar supaya kelajuan peranti ini tidak terganggu.